mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2025

Mahir Masak– Kelas Membuat Mocktail-04.01.2025

Tujuan

Kursus NADI MAHIR MASAK ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman. Masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan,  resipi masakan barat dan nyonya. Kursus ini turut melatih bahagian penyediaan dan pembuatan roti dan pastri dan minuman minuman cafe.

Aktiviti

Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan minuman mocktail kepada peserta yang terlibat dalam Mahir Masak sepeti video, resepi dan tunjuk ajar. Selain itu, peserta diajar dengan cara tertentu dalam penyediaan minuman.

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto

Advokasi KDB_ NADI SAFE AND SHIELD 26.01.2025

Tujuan

NADI Safe and Shield adalah program keselamatan siber yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan kemahiran pelajar dalam menggunakan internet dengan selamat. Program ini merupakan inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Aktiviti

  • Sesi taklimat untuk mengenali dan mempromosikan NADI
  • Sesi kesedaran mengenai keselamatan dalam talian dan tanggungjawab digital
  • Sesi kuiz untuk mengukur kefahaman pelajar
  • Pendaftaran ahli NADI

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto