Kursus Latihan Pengendali Makanan_ 21 Jun 2025

Tujuan
- Mendedahkan pengendali makanan kepada konsep Kepentingan Kebersihan dan Keselamatan Makanan.
- Memupuk kefahaman asas dan mewujudkan kepekaan dan kesedaran terhadap cara pengendalian makanan yang betul.
Aktiviti
- Taklimat ringkas berkaitan kursus oleh Cik Nadia dari NZ Bunga Venture selaku penceramah.
- Penyampaian maklumat berkaitan kursus. Usahawan juga dikehendaki menjawab 5 kuiz secara atas talian mengikut topik yang telah dibentangkan kepada mereka.
- Sebagai persediaan asas kepada usahawan untuk permohonan Lesen Premis Makanan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
- Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis dan bahaya pencemaran makanan
Kelas Mahir Jahit_ 14 Jun 2025

Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik.
Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.