KISAH KEJAYAAN APRIL 2026

Kisah Kejayaan | April 24, 2026

MAHIR BAIKI GAJET

Nama: Carol Jinah Pintan
Umur: 33 tahun
Ahli: 2024

Latar belakang

Carol Jinah Anak Pintan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau merupakan anak ke 6 daripada 12 adik-beradik dan berasal dari Rumah John, Nanga Ngelai Sungai Song. Beliau mula mendapat pendidikan awal di SK Nanga Tada, Kanowit.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum menyertai kelas Mahir Baiki Gajet di NADI, beliau menganggap kerja-kerja membaiki gajet adalah terlalu rumit dan hanya boleh dilakukan oleh pakar kerana beliau tidak mempunyai ilmu asas untuk mengenal pasti komponen yang boleh diganti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas Asas Mahir Baiki Gajet pada intake-2 dari 21 Julai 2025 sehingga 05 Disember 2025. Beliau telah menguasai cara-cara asas membuka dan memasang semula komponen dalaman gajet dengan teknik yang betul tanpa bimbang akan merosakkannya. Dengan berbekalkan sijil penyertaan Asas Mahir Baiki Gajet dan kemahiran yang dipelajari, beliau telah mengambil upah kecil-kecilan membaiki gajet rakan-rakan dan jiran tetangga sebagai pendapatan sampingan.