Jadual Operasi Pi1M Song
Jadual Keseluruhan Penggunaan Perkhidmatan Di Pi1M Song Mengikut Tahun
PERKARA |
Tahun 2009 |
Tahun 2010 |
Tahun 2011 |
Tahun 2012 |
Tahun 2013 |
Tahun 2014 |
Tahun 2015 |
Jumlah |
|
Jumlah Ahli Pi1M Song |
152 |
419 |
95 |
222 |
43 |
17 |
121 |
1069 |
|
Jumlah Pengguna Perkhidmatan Pi1M Song |
1368 |
11584 |
6489 |
5312 |
3763 |
2256 |
1321 |
32093 |
|
Jumlah Peserta Mengikut Latihan Pi1M Song |
40 |
654 |
607 |
604 |
558 |
431 |
398 |
3292 |
Perkhidmatan yang disediakan di Pi1M
Pi1M Song juga menawarkan program baru iaitu:
- Program Kempen Pengguna Bijak Dan Keusahawanan ( KPBU )
- Program ”KLIK DENGAN BIJAK” (KDB)
- ” Get Malaysia Business Online”( GMBO ) –
- Latihan Keusahawanan
Pi1M Song juga menawarkan program lain iaitu :
- Intel Learn Program ( ILP )
- 1 Citizen
- ILES ( Intel Learn Easy Steps)
Selain itu, Pi1M Song juga menawarkan perkhidmatan seperti :
- Internet jalur lebar
- printing
- scaning
- fotostat
- laminate
- Binding
- menyediakan zon internet tanpa wayar (WiFi zone).
Program Promosi & Kesedaran
Program Kempen Pengguna Bijak Dan Keusahawanan ( KPBU )
Tajuk : Kempen Pengguna Bijak & Keusahawanan
Tempat : PI1M Song
Tarikh : November 2013-April 2014
Program ini adalah terbuka kepada komuniti tempatan yang masih belum berdaftar sebagai ahli Pi1M. Jika terdapat mana-mana penyertaan dari warga asing , khususnya di Sabah dan Sarawak adalah digalakkan sekiranya keseluruhan komuniti tempatan telah berdaftar sebagai ahli Pi1M.
Terdapat 3 kategori sahaja yang menjadi sasaran program KPBU ini iaitu:
- Warga Emas (L & P) – 60 tahun ke atas
- Dewasa (L & P) – 40 tahun ke 59 tahun
- Belia (L & P) – 18 tahun ke 39 tahun
Program ” KLIK DENGAN BIJAK” (KDB)
Tajuk : Taklimat Klik Dengan Bijak Anjuran Bersama SKMM Cawangan Sibu
Tempat : SMK Song ( Sesi Pagi)
Tarikh : 04.03.2015
Tajuk : Taklimat Klik Dengan Bijak Anjuran Bersama SKMM Cawangan Sibu
Tempat : SMK Song ( Sesi Petang)
Tarikh : 04.03.2015
Satu inisiatif SKMM untuk memupuk pengguna Internet secara positif oleh pengguna di Malaysia. Pelancaran Peringkat Kebangsaan pada 1 Julai 2012 di Pulau Pinang. Berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara,dan selari dengan Kempen Budi Bahasa & Nilai-nilai Murni. Turut Merupakan antara Matlamat Dasar Kebangsaan di Bawah Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Dijalankan bersama-sama & saling melengkapi lain-lain inisiatif SKMM seperti Pi1M, Inisiatif Jalur Lebar Negara.
”Get Malaysia Business Online” (GMBO)
Satu inisiatif seluruh negara oleh google Malaysia yang di lancarkan dengan sokongan Suruhanjaya komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM, .my Domain Registry dan Itrain Malaysia Sdn Bhd untuk membantu 50,000 sektor industri kecil & sederhana (SME) di Malaysia memulakan perniagaan dalam talian.
Intel Learn Program ( ILP)
Tajuk : Intel Learn Program
Tempat : Pi1m Song
Tarikh : 06.03.2014-09.03.2014
Tarikh :08.01.2014-11.01.2014
Tarikh : 11.12.2013-14.12.213
Program Intel® Learn menyampaikan masa depan ke dalam jangkauan ribuan anak muda seperti anda dari komuniti seluruh dunia yang mengalami kemudahan terbatas kepada teknologi di rumah dan di sekolah. Sebagai peserta program Intel® Learn, anda akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk bekerja serta bersaing pada abad ke 21 ini.
Pemikiran Kritis
Melibatkan penyelesaian masalah melalui pelbagai proses yang membantu membangunkan dan menunjukkan kemahiran berfikir secara kritis.
Kerjasama
Melibatkan kerja berkumpulan untuk menyiapkan tugasan
Metodologi
Kaedah pembelajaran merangkumi kuliah (teori), perbincangan, perancangan, perlaksanaan, persembahan projek, berkongsi dan meninjau.Konsep membina pasukan (team building) melalui aktiviti pengenalan, pertandingan dan persembahan berkumpulan juga termasuk dalam proses pembelajaran.
Aplikasi Perisian Komputer
- Word Processing
- Graphics
- Spreadsheets
- Multimedia
- Internet Search
Siapa yang patut menyertai program ini?
- Golongan yang berumur 8-18 tahun
- Penyertaan ahli-ahli komuniti juga dialu-alukan
Masa dan Tarikh
Peserta perlu melengkapi program pembelajaran sekurang-kurangnya 30 jam. Jadual pelaksanaan boleh diubahsuai mengikut permintaan.
Program 1 Citizen
Tajuk : Program 1 Citizen
Tempat : Pi1m Song
Tarikh : Bermula Mac 2013
1Citizen merupakan satu program latihan yang dibangunkan khas oleh Prestariang Systems Sdn Bhd untuk memupuk semangat perpaduan masyarakat melalui penggunaan teknologi secara berhemah. Ia mempromosikan hasrat 1 Malaysia dengan menanamkan nilai-nilai murni dan positif ketika menggunakan teknologi di dalam masyarakat berbilang bangsa. Program ini dilaksanakan di Malaysia dengan kerjasama kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan ( KPKK) di bawah selian Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM). Ia terbuka kepada masyarakat setempat sekitar Pusat Internet 1 Malaysia.
Struktur Program
1.Latihan
- 12 jam sesi Latihan
- 8 Modul
- Blended Learning
2.Ujian
- 50 Minit
- 45 Soalan
- Sijil IC Citizen
3.Portfolio
- Penghasilan portfolio dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai
- Sijil kehadiran
Manfaat Program
- Mengesahkan kemahiran anda dalam penggunaan internet dan pengkomputeran.
- Membuktikan dan mengesahkan pemahaman anda tentang bagaimana menggunakan teknologi secara berhemah dan beretika.
- tambah nilai kepada resume anda.
Latihan Program Orang kampung & Komputer
Program ini dijalankan seperti tempat dibawah:
Tempat : Pusat Internet 1 Malaysia, Song
Tarikh : 28 & 29 Julai 2012 ( Sabtu & Ahad )
Masa : 08.00 am-04.00pm
Pi1M Song dipilih untuk menjalankan Latihan Program Orang Kampung Dan Komputer dimana ianya disertai oleh golongan berikut:
- Ketua Kampung
- Penghulu
- Ahli JKKK
- Imam
- Bilal
- Siak
- JKKK Surau/Masjid
Latihan 1 Malaysia
Tajuk : Latihan 1 Malaysia ( CDCM-Content & Development (Content Management) )
Tempat : Pi1m Song
Tarikh : Okt 2011-April 2012
Masa : 08.00 am-05.00pm
Tajuk : Latihan 1 Malaysia (CDPE-Content & Development (Photo Editing)
Tajuk : Latihan 1 Malaysia ( IES- Intel Easy Steps)
Tajuk : Latihan 1 Malaysia ( ITHW- Installation & Troubleshooting Hardware)
Tajuk : Latihan 1 Malaysia ( ITOS- Installation & Troubleshooting Operating System)
Objektif
- Membangunkan komuniti ICT
- Meningkatkan ilmu & kemahiran ICT
- Meningkatkan peluang kerjaya melalui pensijilan ICT
- Meningkatkan Pembangunan Kandungan Tempatan (Local Content Development)
- Meningkatkan Penggunaan Aplikasi Elektronik
- Menjadikan Pi1M sebagai Pusat Komuniti Bermaklumat
Misi
Mengeluarkan 140,000 Pensijilan ICT Untuk Pelbagai Peringkat Komuniti Dalam Tempoh 11 Bulan Kalender
Kumpulan Sasaran
- Pelajar Sekolah Rendah (Tahun 4 – 6)
- Pelajar Sekolah Menengah
- Belia, Lepasan Sekolah & Penggangur
- Lelaki Dewasa
- Perempuan Dewasa
Tempoh Masa Latihan
Id |
Course Code |
Name |
Duration |
1 |
IES |
Intel Easy Steps |
10hrs |
2 |
ITHW |
Installation & Troubleshooting Hardware |
5hrs |
3 |
ITOS |
Installation & Troubleshooting Operating System |
5hrs |
4 |
CDCM |
Content & Development (Content Management) |
5hrs |
5 |
CDPE |
Content & Development (Photo Editing) |
5hrs |
Program Info Dan Sepakat Komuniti 1 Malaysia Peringkat Daerah Song
Pi1M Song turut dijemput menyertai pameran oleh Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Song anjuran bersama Agensi-agensi kerajaan, Komuniti 1 Malaysia Ng. Entuat Dan Sepadi seperti di bawah :
Tempat : Perkarangan, Majlis Daerah Song
Tarikh : 09 Mac 2012 (Jumaat )
Masa : 08.00 am
Program Info 1 Malaysia
Pi1M Song turut dijemput oleh Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Song untuk membuka kaunter seperti di bawah :
Tempat : Rh. Jarop Nanga Sepadi Song
Tarikh : 26 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 10.00 am
Program Sepakat Bestari
Pi1M Song dijemput menyertai dan membuka kaunter perkhidmatan oleh Jabatan Penerangan Bahagian Kapit seperti dibawah:
Tempat : Rh. Jarop Nanga Sepadi
Tarikh : 17 – 19 April 2011
Jam : 9.30 am – 5.00 pm
Pesta Song
Pi1M Song turut menyertai dan membuka kaunter perkhidmatan oleh Pejabat Daerah Song seperti dibawah:
Tempat : Di Belakang Perkarangan, Majlis Daerah Song.
Tarikh : 22- 24 Oktober 2010
Jam : 08.00 am – 5.00 pm
Pusat Internet 1 Malaysia, Song banyak mengadakan aktiviti seperti bengkel-bengkel yang berkaitan dengan E-aplikasi, bagi mendedahkan komuniti tentang pentingnya E-aplikasi seperti yang dijalankan di Pi1M Song
ICT 1 Malaysia (penerima Netbook 1Malaysia)
ICT 1Malaysia ini adalah khas kepada penerima netbook 1Malaysia untuk menghadiri kelas latihan ict sekurang-kurangnya sekali seminggu. Hal ini mendedahkan para penerima netbook mengetahui dan memahami penjagaan netbook serta menggunakan netbook tersebut sebaik mungkin untuk tujuan pembelajaran harian.
ICT Percuma
Anda kini boleh menjalankan urusan seharian dengan lebih mudah dan menjimatkan masa, wang ringgit serta tenaga hanya dengan menggunakan kemudahan jalur lebar yang disediakan Pi1M Song. Selain itu, Pi1M Song sentiasa memberi tunjuk ajar bagi tujuan tersebut. Latihan ict percuma turut diberikan seperti berikut:
- Pengenalan asas komputer
- Asas Internet
- Aplikasi Elektronik
- Desktop Publishing seperti Microsoft Office
E- Dagang
E-dagang atau perdagangan elektronik diwujudkan untuk menyelesaikan masalah jarak dan waktu. Melalui teknik ini peniaga dan pembeli dapat berinteraksi di alam maya. Di alam Internet, peniaga-peniaga boleh mendirikan kedai-kedai maya yang dapat mempamer dan mempromosikan barangan jualan mereka. Melalui E-dagang, pembeli boleh membuat bayaran menggunakan wang elektronik , kad kredit, bank maya atau mengepos terus cek kepada penjual tersebut. Ramai yang masih ragu-ragu akan keselamatan dan kebolehpercayaan E-dagang, terutama penggunaan nombor kad kredit yang ada kemungkinan boleh dipintas dan disalin oleh penceroboh (hackers) yang berniat jahat. Tetapi dengan adanya beberapa ciri keselamatan seperti enkripsi, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital dan lain-lain piawaian keselamatan seperti SET (Secure Electronic Transaction) yang dibangunkan oleh VISA dan MasterCard dan SSL (Secure Socket Level) yang dibangunkan oleh Netscape dapat menghalang perkara sebarang pencerobohan.
E-kerajaan
Perlaksanaan e-kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dipercayai dapat menambahbaik mutu perkhidmatan awam agar lebih efektif dan berkesan. Di samping itu, ia juga dilihat dapat mewujudkan satu saluran baru bagi meningkatkan penyertaan secara langsung rakyat dalam penggubalan dasar-dasar awam, selaras dengan harapan pendukung sistem demokrasi yang berpaksikan kepentingan rakyat. Oleh yang demikian, e-kerajaan dianggap sebagi langkah pertama untuk memperkukuhkaan pembentukan masyarakat bermaklumat (k-society).
Objektif
Memperkenalkan perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan secara dalam talian (online). Mempromosikan faedah dan menggalakkan penggunaan internet untuk memberi kesenangan mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. Di sini, anda boleh memperolehi jawapan berkaitan hal-hal kerajaan dan juga berpeluang melayari lebih 900 laman web agensi-agensi kerajaan.
E-Pembelajaran
E-pelajaran mampu mengubah cara pembelajaran, di mana pelajar dengan lebih mudah dapat mengakses bahan serta mempelajari mengikut keperluan sendiri dari segi masa, teknik, juga membantu perkongsian maklumat dengan penggunaan kaedah yang meluas digunakan di internet seperti forum, email, video dan perbualan. Pengetahuan dalam e-pelajaran juga dapat disebarkan secara serentak, di mana pelajar dapat mencapai maklumat dari laman web yang berkaitan. E-pelajaran telah diperkenalkan sebagai satu strategi baru dalam kaedah pembelajaran dan menggantikan sistem pendidikan yang lama.ObjektifMemperkenalkan aplikasi, sistem dan operasi e-pembelajaran yang ada di Malaysia. Ia juga dapat meningkatkan tahap kecelikan ICT dalam kalangan masyarakat luar bandar bagi menyokong hasrat negara, seterusnya mewujudkan sebuah masyarakat bermaklumat. Malah ianya dapat memperluas penggunaan aplikasi dalam usaha meningkatkan mutu dan keberkesanan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran, di samping dapat mewujudkan nilai tambah keupayaan masyarakat setempat dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat .
1). E-pembelajaran (kanak-kanak)
Tajuk : E-pembelajaran Tabika Kemas Daerah Song
Tempat :Pi1m Song
Tarikh : 2010
2). E-pembelajaran (kanak-kanak sekolah rendah)
Tajuk : E-pembelajaran( Kanak-kanak sekolah rendah)
Tempat :Pi1m Song
Tarikh : 2010
3) E-pembelajaran (lepasan sekolah)
E-Friendship & Dating Networking Site
Bengkel ini merupakan tempat untuk berinteraksi secara sosial di seluruh dunia yang tidak mengira waktu walau di mana jua berada. Ia sangat baik digunakan untuk mencari pekerjaan, menawarkan pekerjaan, bersembang bagi menghilangkan rasa bosan serta menerima dan mendapatkan maklumat dari satu sama lain.
Aktiviti Keceriaan & Kebersihan
Aktiviti kecerian Pi1M Song akan diadakan 2 kali dalam seminggu, ini adalah proses penghiasan dan pembersihan di kawasan sekitar Pi1M Song dan dalam kawasan Pi1M Song. Kebanyakannya disertai oleh ahli-ahli Pi1M Song yang aktif dan kreatif dalam menjayakan gotong-royong yang diadakan.