Pasukan Bomba Sukarela Pekan Song
P.C: Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit
Penubuhan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Song memainkan peranan penting kerana boleh membantu operasi menyelamat dengan cepat jika berlaku sebarang kecemasan, lebih-lebih lagi Daerah Song yang dahulunya belum ada Balai Bomba(Proses Penyiapan).
Tujuan penubuhan pasukan bomba sukarela di kawasan tertentu bagi menggalakkan penduduk- penduduk setempat untuk :
- Penubuhan pasukan pemadaman dan penyelamat bagi mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Membantu memberikan khidmat nasihat kepada masyarakat setempat terhadap bahaya-bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan kebakaran.
- Mengeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta lain-lain agensi berkaitan dengan keselamatan kebakaran.
- Pasukan bomba sukarela akan dapat membantu jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia didalam usaha-usaha penjagaan pili bomba yang terdapat di kawasan masing-masing.
Antara Khidmat Pasukan Bomba Sukarela Pekan Song:
Aktiviti: Penangkapan Ular Berbisa
Tempat : Daerah Song