Usahawan NADI Song April 2025
Nama | : Lunyi Anak Mengkan |
Umur | : 40 tahun |
Ahli | : 2012 |
Latar belakang
Lunyi Anak Mengkan merupakan seorang Tuai Rumah di Daerah Song serta menjadi usahawan Kraftangan NADI Song yang aktif dengan kraftangan manik Sarawak dan Anyaman. Beliau berasal daripada Rumah Lunyi, Ulu Engkabau Katibas Song.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri dalam bengkel, beliau kurang mahir dalam bidang medium online dan fungsi microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan internet dalam mencari maklumat. Beliau hanya menerima tempahan secara atas talian melalui whatsapp dan facebook . Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Didalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seeharian kita.
Melalui latihan yang diadakan di NADI, boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai slide serta mengedit tugasan yang di berikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Disamping itu juga, antara kebaikan internet ialah membolehkan kita mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan.
Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh dengan menggunakan komputer ia boleh merekodkan bunyi imej dan sebagai pengesan gerakkan.Selain itu, teknologi maklumat digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber penerima.
