KISAH KEJAYAAN JUN 2026

Kisah Kejayaan | June 24, 2026

CELIK IT & MAHIR BAIKI GAJET INTAKE _NADI SONG

Nama: Elizabeth Umang Anak Romy
Umur: 18 tahun
Ahli: 2026

Latar belakang

Elizabeth Umang Anak Romy merupakan pelajar lepasan SPM tahun 2025 di SMK KATIBAS. Beliau merupakan anak ketiga daripada 4 beradik dan beliau berasal dari Rumah Jarum Rantau Lintang, 96850 Song. Beliau mula mendapat pendidikan awal di SK, Lubok Ipoh, Song dari tahun 2015 hingga 2020. Selepas itu beliau menyambung pendidikan beliau di SMK Katibas dari tingkatan 1 hingga  tingkatan 5 bermula dari tahun 2021 hingga 2025.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum terlibat dengan program-program di NADI, peserta mempunyai pengetahuan yang sangat terhad dalam penggunaan ICT. Beliau hanya menggunakan telefon pintar untuk tujuan asas seperti membuat panggilan dan menghantar mesej. Selain itu, beliau tidak mempunyai kemahiran dalam membaiki gajet dan sering menghantar peranti ke kedai untuk dibaiki walaupun mengalami kerosakan kecil.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas menyertai pelbagai latihan dan bengkel ICT yang dianjurkan oleh NADI, beliau berjaya meningkatkan kemahiran digital seperti penggunaan komputer, internet, aplikasi dalam talian serta asas penyelenggaraan peranti. Melalui tunjuk ajar dan latihan praktikal yang diberikan, beliau turut mempelajari cara mengenal pasti masalah asas gajet, melakukan penyelenggaraan mudah serta membaiki kerosakan ringan pada telefon pintar dan komputer.

Hasil daripada penglibatan aktif di NADI, beliau kini lebih celik IT, yakin menggunakan teknologi dalam urusan harian dan mampu membantu ahli keluarga serta komuniti setempat menyelesaikan masalah berkaitan ICT. Kemahiran membaiki gajet yang diperoleh juga membantu mengurangkan kos penyelenggaraan peranti dan membuka peluang untuk menjana pendapatan sampingan melalui perkhidmatan membaiki gajet secara kecil-kecilan.

Kejayaan ini membuktikan bahawa program NADI bukan sahaja meningkatkan literasi digital komuniti, malah membantu membangunkan kemahiran praktikal yang memberi manfaat kepada kehidupan dan ekonomi peserta.