Laporan April 2024- Microsoft Office (Kelas Microsoft excel)
Tujuan
Objektif utama adalah untuk membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan MS Excel secara profesional, berkesan, dalam perniagaan.
Aktiviti
1. Penguasaan Antara Muka: Peserta mampu memahami antara muka Excel, termasuk menu, toolbar, dan navigasi asas.
2. Fungsi dan Formula Asas: Peserta dapat menggunakan fungsi dan formula asas Excel untuk melakukan pengiraan ringkas.
3. Pembuatan dan Pengurusan Jadual: Peserta boleh membuat, menyimpan, membuka, dan menguruskan jadual dengan cekap.
4. Analisis Data: Peserta dapat menganalisis data menggunakan ciri-ciri seperti penapis, pivot table, dan graf.
5. Kemahiran Format: Peserta dapat memformat data dan menjadikannya lebih mudah difahami dengan menggunakan pelbagai pilihan format yang disediakan.
6. Penggunaan Fungsi dan Formula Lanjutan: Peserta mampu menggunakan fungsi dan formula lanjutan Excel untuk analisis data yang lebih kompleks.
7. Automasi dan Macro: Peserta boleh mengotomatiskan tugas-tugas rutin dan membuat makro untuk meningkatkan kecekapan kerja.
8. Kolaborasi dan Berkongsi: Peserta mampu berkolaborasi dengan rakan sekerja dalam membuat dan menyunting dokumen Excel, serta berkongsi hasil kerja secara dalam talian.
9. Keselamatan dan Perlindungan Data: Peserta memahami konsep keselamatan data dan boleh melaksanakannya dalam penggunaan Excel.
10. Penilaian dan Peningkatan: Peserta boleh menilai kemahiran mereka dalam menggunakan Excel dan mengenal pasti bidang di mana mereka boleh meningkatkan kemahiran mereka
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto
Laporan April 2024- Advokasi KDB (Penipuan Kewangan)
Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:
# Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
# Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
# Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
# Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Aktiviti
KDB-Mesej utama kempen “Klik Dengan Bijak” adalah berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya.
Selain dari itu, kempen ini juga akan turut diselaraskan dengan “Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni” sebagai satu komponen penting, disamping selari dengan Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Melalui kempen ini adalah diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.