Modul Literasi Digital & Masa Depan Komuniti – 19 April 2025

Tujuan
- Memahami potensi E-sukan sebagai kerjaya dan platform pembangunan diri.
- Menyedari Kesan positif E-sukan terhadap komuniti Luar Bandar.
- Menginspirasikan peserta untuk menggunakan E-sukan secara sihat dan berimpak.
Aktiviti
- Menonton Kelas Kesedaran berkaitan modul diatas seperti perbezaan E-sukan vs main biasa, industri E-sukan sedunia, peluang kerjaya dalam E-sukan, kesan positif dan mitos vs realiti.
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto
Webinar Berkala Sejarah Edisi 1- 12 April 2025

Tujuan
1. Kaedah Pembacaan Aktif SQ3R
2. Pengambilan Nota Sistem Cornell
Aktiviti
1. Meningkatkan kemahiran mencatat nota secara tersusun
– Nota dibahagikan kepada tiga bahagian: kata kunci, isi utama, dan ringkasan
2. Meningkatkan kefahaman bacaan
– Membantu pelajar memahami isi penting daripada teks dengan lebih berkesan melalui pendekatan yang berstruktur.
3. Mengasah kemahiran analisis dan pemikiran
– Pelajar akan lebih peka terhadap struktur teks dan idea utama melalui proses menyoal dan menyusun maklumat.
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto
E-Sukan Podcast – Episod 11 – Mentaliti Juara – 09 April 2025

Tujuan
Adalah tentang membentuk pola pikir (mindset) dan sikap mental yang mendukung seseorang untuk menjadi pemenang sejati, bukan hanya dalam kompetisi, tapi juga dalam kehidupan.
Aktiviti
Apa yang membezakan seorang biasa dengan seorang juara dunia? Dalam episod istimewa ini, Sazali Samad, ikon bina badan negara dan juara dunia berkali-kali, membuka rahsia mentaliti kental, disiplin luar biasa dan semangat juang yang tidak pernah padam. Kami bongkar sisi yang jarang didengar – tentang jatuh bangun, pengorbanan, dan bagaimana nilai-nilai ini mampu membentuk masa depan belia, termasuk dalam dunia e-Sukan.
🔥 Ini bukan sekadar kisah seorang atlet. Ini kisah tentang menjadi luar biasa.
✨ Antara yang anda akan pelajari: Apa erti sebenar mentaliti juara Rutin dan prinsip yang mencipta kehebatan Nilai sukan fizikal yang relevan dalam e-Sukan Nasihat buat anak muda yang ingin berubah.