Bazar Raya NADI_22.03.2025

Tujuan
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI, Pejabat NADI, MCMC mencadangkan penganjuran Bazar Raya NADI secara serentak di semua NADI yang beroperasi di seluruh negara. Program ini mendapat sokongan daripada YBhg. Tan Sri Pengerusi MCMC dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan, memperluaskan peluang pasaran, serta menarik lebih ramai penyertaan usahawan baharu dan ahli NADI.
Aktiviti
Antara aktiviti adalah bazar jualan hari raya, sesi webinar dan perkongsian keusahawanan serta pendaftaran ahli baru NADI.
Memandangkan program ini serentak dengan tarikh perancangan kita untuk Special Program Untouched NADI pada 21-23 Mac, maka kita akan mengharmonikan kedua-dua program dengan mengguna nama “BAZAR & BELAJAR @ NADI”
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto
Kursus Latihan Pengendali Makanan_15.03.2025

Tujuan
-Mendedahkan pengendali makanan kepada konsep Kepentingan Kebersihan dan Keselamatan Makanan.
-Memupuk kefahaman asas dan mewujudkan kepekaan dan kesedaran terhadap cara pengendalian makanan yang betul.
Aktiviti
-Taklimat ringkas berkaitan kursus oleh Cik Nadia dari NZ Bunga Venture selaku penceramah.
-Penyampaian maklumat berkaitan kursus. Usahawan juga dikehendaki menjawab 5 kuiz secara atas talian mengikut topik yang telah dibentangkan kepada mereka.
-Sebagai persediaan asas kepada usahawan untuk permohonan Lesen Premis Makanan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
-Mematuhi Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
-Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis dan bahaya pencemaran makanan
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto
Program Komuniti MADANI@Sembang Santai_01.03.2025

Tujuan
- Mengukuhkan Hubungan Komuniti melalui aktiviti santai.
- Meningkatkan kesedaran Sosial seperti membincangkan isu-isu semasa.
- Menyampaikan informasi berguna.
- Menggalakkan penyertaan masyarakat.
Aktiviti
- Mengadakan aktiviti gotong-royong antara NADI bersama Jabatan serta komuniti setempat.
- Membersihkan kawasan sekeliling NADI dan laluan NADI.