LAWATAN SAMBIL BELAJAR_TADIKA KATOLIK SONG_23.10.2025

Mengadakan satu lawatan sambil belajar ke NADI Song sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran luar bilik darjah bagi murid-murud tadika tersebut.
🎯 TUJUAN
Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang fungsi dan peranan peralatan yang ada digunakan di NADI Song sebagai pusat komuniti digital serta memberi peluang kepada mereka mengenal dan melihat pelbagai alatan teknologi serta kemudahan ICT yang digunakan di sana.
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto
TINY TECHIES – BENGKEL MAHIR IOT INOVASI SESI 3 ( SEKOLAH MENENGAH)

TinyTechies ialah satu inisiatif atau platform pembelajaran teknologi yang direka khas untuk golongan muda, pelajar sekolah, dan pemula dalam bidang teknologi moden seperti IoT (Internet of Things), robotik, pengaturcaraan, dan inovasi digital.
🎯 TUJUAN
- Menyokong pembangunan bakat tempatan dalam bidang teknologi
- Memberikan pendedahan awal kepada teknologi moden
- Membangunkan kemahiran praktikal dalam bidang STEM
- Menyemai minat terhadap inovasi dan ciptaan teknologi
- Membina keyakinan dan kemahiran abad ke-21
- Mewujudkan komuniti pembelajar muda yang celik digital
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto
WEBINAR NADI x AWARENESS- TAKLIMAT LINDUNGI DATA PERIBADI & BULI SIBER

Keselamatan Digital bermula dengan kewaspadaan diri. Pastikan maklumat peribadi anda tidak mudah diakses, disimpan dengan selamat, dan dikongsi hanya dengan pihak yang dipercayai. Buli siber bukan sekadar kata-kata di skrin. Ia boleh meninggalkan luka yang tidak nampak dalam hati dan fikiran. Berfikiran sebelum menaip, kerana setiap mesej mencerminkan nilai diri kita.
🔒 1. Jaga Maklumat Peribadi Anda
🧩 2. Gunakan Kata Laluan yang Kuat
📱 3. Berhati-hati di Media Sosial
💻 4. Lindungi Peranti Anda
📧 6. Waspada Terhadap E-mel atau Pautan Palsu (Phishing)
Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto