mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2025

NADI Mahir Jahit || MINGGU 8, CARA HANTAR TUGASAN

Modul : 2 Cara Hantar Tugasan Peserta

  1. Topik 1 : Cara Buat File PDF
  2. Topik 2 : Cara Upload File Dalam Mts

Perhatian Untuk Peserta

1. Tugasan perlu dihantar mengikut sesi anda.

2. Pada NADI yang belum ada mesin, tugasan boleh dibuat dengan menggunakan jahitan tangan atau tunggu sehingga mesin sampai dan anda boleh buat tugasan tersebut.

3. Tugasan seperti mendraf pola dan menggunting boleh dilaksanakan dahulu, contoh ambil gambar pola dan susun atur pola pada kain.

4. Tugasan hanya boleh dihantar bermula 24 November hingga 31 Disember 2025.

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto

🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) SK Nanga Embuau, Song Sarawak

Tujuan

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman murid tentang
keselamatan dalam talian, ancaman-ancaman yang terdapat di internet dan
langkah-langkah untuk melayari internet dengan selamat. Setiap peserta telah
menunjukkan minat dan respon aktif semasa sesi program dijalankan.

🎯 Objektif Program:

  • – Membina asas kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan kesedaran tentang had umur dalam penggunaan media sosial
  • – Mengajar tiga peraturan Internet: Menjaga kerahsiaan diri, serta mengenali dan melaporkan kandungan tidak selamat
  • – Menumpukan kepada pembentukan tabiat digital yang sihat, serta pemahaman hak dan tanggungjawab dalam talian

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto

PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA DAN HARI MALAYSIA @ NADI_07.09.2025

Tujuan

  • Mengaktifkan penggunaan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat. Menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional melalui aktiviti di peringkat komuniti, memupuk rasa cinta kepada negara merentasi semua lapisan masyarakat.

Aktiviti

  • Saringan Kesihatan
  • Tayangan Siaran Ulangan Sambutan Kemerdekaan/ Wayang Pacak (Sarjan Hassan)
  • Demontrasi Pemadaman Kebakaran Oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
  • Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia (Kanak-Kanak).
  • Mahir-Pertandingan Menghias Makanan Sempena Merdeka (Menu Bebas).
  • Pertandingan E-Sukan (Mlbb).
  • Pameran Kraftangan Usahawan NADI.

Gambar Aktiviti Sila Rujuk Galeri Foto