Sejarah Bangunan Pusat Sebaran Maklumat Nasional Song
Sejarah Pusat Sebaran Maklumat Nasional Song
Pusat Sebaran Maklumat Nasional Song (NADI Song) atau nama dahulu Pusat JalurLebar Komuniti Song (PJK) beroperasi sepenuhnya pada 14 Oktober 2009 (Rabu). Bertempat di Bangunan Kubu Lama Song, 96850 Song, Sarawak. NADI Song ini bukan sahaja terletak berhampiran dengan tebingan batang Rajang malah terletak di kawasan yang mudah dikunjungi oleh pengguna yang melalui jalan air atau darat serta berdekatan dengan Pekan Song dimana tempat orang ramai dari dalam dan luar berhubung dan mendapatkan keperluan mereka. Pusat ini bukan sahaja disokong penuh oleh jabatan-jabatan malah orang ramai yang berada di dalam dan luar kawasan amat berbangga dan bersyukur serta menyokong penuh atas Penubuhan NADI Song ini dimana pada pandangan mereka dengan ada nya peruntukkan sedemikian ia dapat memberi ilmu ICT kepada pelbagai peringkat umur yang tidak mengira bangsa dan agama serta tidak ketinggalan dalam arus pembangunan yang serba canggih dan membangun.
NADI Song ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Internet rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada pengunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian mereka. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan NADI sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Dengan penubuhan Pusat ini juga kaum muda mudi dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya laman portal yang terdapat di NADI Song ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT.